Lead

Apr 6 12 10:30 AM

Tags : :

  • Pemilihan peralatan, Kos elektrik peralatan hotspot, pembekal  Sistem Hotspot(PSH), talian internet dan lokasi perlu di selaraskan agar pekhidmatan yang bakal di sediakan itu tidak  mendatangkan kerumitan kepada pelanggan terutama pada peringkat permulaan perkhidmatan.

  • Pelanggan sentiasa berkehendakkan satu kemudahan perkhidmatan yang cekap samada dari segi penggunaan dan juga khidmat sokongan.



  • Peralatan yang hendak dipilih mestilah berkeupayaan tinggi . Bakal Usahawan Hotspot perlu mendapat maklumat dari perunding hotspot/pembekal hotspot yang berkelayakan. Ini adalah untuk menjamin kepercayaan pelanggan dan mengurangkan karenah teknikal yang sering dihadapi jika menggunakan   peralatan kategori 'end-market'.

  • Kaji selidik bukan sekadar kos permulaan malah kos terselindung mesti di kenalpasti. Ada pembekal yang mengenakan bayaran tambahan apabila bilangan pengguna melebihi 50orang/150orang dan yang seumpamanya.

  • Ada juga pembekal yang mengenakan syarat  jumlah tertentu bilangan tiket yang perlu  dijual dalam tempoh 1 bulan. Baki tiket yang tidak dapat dijual tidak boleh dijual di bulan hadapan.

  • Elakkan menggunakan khidmat pembekal yang tidak memiliki pengetahuan teknikal terutama berkaitan masalah pemancaran gelombang(Radio Engineering) . Ini kerana pembekal sedemikian itu  sering gagal menyelesaikan permasalahan hotspot seperti gangguan gelombang, gangguan sambungan WIFI  dan perkara sebegini pasti menggusarkan pengusaha hotspot.